SUDUT TATABAHASA

KATA SERU
  1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
  2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 
  3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.Contoh-contoh kata seru :


Kata Seru

Penggunaannya

Ayat Contoh

aduh

untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum

1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai

untuk menyatakan perasaan sedih

Aduhai, malang sungguh nasibku!

ah

untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

amboi/wah

untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum

1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!

cis/cih

untuk menyatakan perasaan marah dan benci

1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !


PENANDA WACANA

  1.   Digunakan sebagai rangkai kata yang menghubungkan ayat.
  2. Digunakan sama ada dalam perenggan yang sama atau perenggan baru supaya ayat lebuh teratur dan mempunyai kesinambungan. 
  3. Ditulis di hadapan ayat.
  4. Contoh-contoh penanda wacana :
Perenggan Pertama
1)    Pada era globalisasi ini,
2)    Pada zaman pascakemerdekaan ini,
3)    Dalam meniti arus kemodenan ini,
4)    Dewasa ini,
5)    Pada masa ini,
6)    Kini,
7)    Dasawarsa ini,
8)    Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
9)    Sejak sedekad yang lalu,
10)   Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
11)   Kebelakangan ini,
12)   Belakangan ini,
13)   Sejak akhir-akhir ini,

Perenggan Isi
1)    Selain itu,
2)    Di samping itu,
3)    Sementara itu,
4)    Lebih-lebih lagi,
5)    Dalam pada itu,
6)    Lain daripada itu,
7)    Pada waktu yang sama,
8)    Dalam pada itu,
9)    Seterusnya,
10)   Sehubungan dengan itu,
11)   Jika diteliti dengan lebih mendalam
12)   Sebagai lanjutan daripada,
13)   Bersangkutan dengan hal,
14)   Berkaitan,
15)   Bersangkutan,
16)   Disingkapkan,
17)   Diceritakan,
18)   Tindakan yang diketengahkan di atas,
19)   Walau bagaimanapun,
20)   Bertitik tolak dengan kenyataan di atas,
21)   Jika ditinjau dari aspek…pula
22)   Hal ini demikian kerana,
23)   Hal ini berlaku kerana,
24)   Hal ini terjadi kerana,
25)   Hal ini disebabkan oleh,
26)   Hal ini wujud akibat daripada,
27)   Hal ini bersangkut-paut dengan,
28)   Hal ini berpunca daripada,
29)   Hal ini tercetus apabila,
30)   Hal ini timbul apakala,
31)   Rentetan daripada,
32)   lanjutan itu,
33)   tidak Syaj lagi,
34)   tidak dapat tidak,

Perenggan Penutup
1)   Akhirnya saya menegaskan bahawa,
2)   Kesimpulannya,
3)   Akhirnya,
4)   Sebagai penutup,
5)   Konklusinya,
6)   Akhirukalam,
7)   Tegasnya,
8)   Pendek kata,
9)   Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa,
10)  Menyedar hakikat di atas,
11)  Di sini saya ingin tegaskan,
12)  Akhir sekali,
13)  Akhir kata,
14)  Dengan itu,
15)  Kesannya,
16)  Natijahnya,
17)  Akibatnya,
18)  Dengan berbuat demikian,
19)  Dengan keadaan sedemikian,
20)  Intihanya,
21)  Secara tuntas,
22)  Sebagai penutup wacana,
23)  Sebagai penghias bicara akhir,
24)  Sebelum mengakhiri wacana ini,
25)  Secara keseluruhan,
26)  Secara total,
27)  hal ini memang sejajar dengan,
28)  situasi ini seolah-olah mengambarkan,
29)  ekoran daripada,
30)  hal ini bertepatan,
31)  bersesuaian dengan

Penanda memberi contoh dalam karangan
1)  Misalnya,
2)  Contohnya,
3)  Sebagai contoh,
4)  Tamsilnya,
5)  Sebagaimana yang kita sedia maklum,
6)  Antaranya adalah seperti


Penanda menghuraikan contoh
1)   Hal ini mengakibatkan
2)   Hal ini menyebabkan
3)   Oleh itu,
4)   Oleh sebab itu,
5)   Oleh kerana,
6)   Maka,
7)   Oleh hal yang demikian,
8)   Jelaslah bahawa
9)   Justifikasinya,
10)  Lantaran itu

Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
1)   justeru
2)   malah
3)   malahan
4)   tambahan pula
5)   sementelahan / lebih-lebih lagi
6)   sekali gus
7)   di samping
8)   bahkan
9)   malar-malar
10)  sedangkan
11)  pada hal
12)  meskipun
13)  sungguhpun
14)  namun begitu
15)  sungguhpun demikian

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
1)   Walau bagaimanapun,
2)    Walakin begitu,
3)    Namun demikian,
4)    Daripada perspektif yang berbeza,
5)    Jika dilihat dari sudut lain,
6)    Dengan kata lain,
7)    Kontradiksinya,
8)    Di sebalik itu,
9)    Dalam pada itu,
10)   Dari sudut lain,

Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
1)    Bak kata peribahasa,
2)    Bak kata peribahasa Melayu,
3)    Bak kata orang tua-tua,
4)    Bak kata mutiara, 
5)    Bak peribahasa,
6)    Bak kata cendekiawan,
7)    Persis kata peribahasa,
8)    Persis kata peribahasa Melayu,
9)    Persis kata orang tua-tua,
10)   Persis kata mutiara,
11)   Persis peribahasa,
12)   Persis kata cendekiawan,
13)   Hal ini sama dengan peribahasa
14)   Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
15)   Fenomena ini dikatakan
16)   Masalah ini sama dengan peribahasa
17)   Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa

Penanda Wacana (Contoh)
Contoh
Biarpun demikian
Kehidupannya sekeluarga sangat miskin. Biarpun demikian, dia tidak pernah meminta sedekah daripada orang lain
Di samping itu
Ali mengusahakan kebun sayur. Di samping itu, dia juga mengusahakan kolam ikan air tawar
Lebih-lebih lagi
Ayah pulang lewat dari syarikatnya. Lebih-lebih lagi, beliau dinaikkan pangkat
Tambahan pula
Orang ramai diminta berjimat cermat. Tambahan pula, kegawatan ekonomi
Jika tidak
Saya mesti lulus dalam peperiksaan. Jika tidak, ibu akan kecewa



Imbuhan BeR

Awalan beR-
Awalan beR- terdiri daripada satu bentuk sahaja yang boleh digabungkan dengan semua kata dasar. Contoh:

beR- + angkat ---> berangkat
beR- + budi --> berbudi
beR- + cahaya --> bercahaya
beR- + dosa ---> berdosa

Apabila awalan beR- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r tersebut akan menjadi satu r sahaja melalui proses peleburan bunyi. Contoh:

beR- + renang --> berenang
beR-+ rasa ---> berasa
beR-+ raja ---> beraja
beR-+ rendam --> berendam


Kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna ialah mereka menggugurkan huruf r dalam awalan beR- apabila awalan beR- digabungkan dengan konsonon yang diikuti oleh –er- . Contoh:

beR- + derma ---> bederma (tidak gramatis)
--> berderma (gramatis)
beR-+serban --> beserban (tidak gramatis)
--> berserban (gramatis)

beR-+ternak --> beternak (tidak gramatis)
--> berternak (gramatis)
beR-+ teriak --> beteriak (tidak gramatis)
--> berteriak (gramatis)
beR-+ terbang +-an --> beterbangan (tidak gramatis)
--> berterbangan (gramatis)

Namun demikian terdapat beberapa kekecualian yang berkaitan dengan pembentukan perkataan yang berawalan beR-.

1. Awalan beR- yang bergabung dengan perkataan kerja, r pada awalan ber- tersebut mengalami peleburan bunyi. Keadaan ini dianggap sebagai satu bentuk kecualian.

2. Awalan beR- yang bergabung dengan perkataan ajar dan unjur, awalan beR- akan menjadi bel- yang merupakan satu kecualian juga. Contoh:

beR- + ajar ---> belajar
beR- + unjur --> belunjur

Kesimpulannya, perkataan `berserta’ menepati pembentukan perkataan berawalan beR- dalam bahasa Melayu, manakala perkataan `bekerja' merupakan kekecualian.

Dipetik daripada blog http://agy7500.blogspot.com/



TANDA BACA

  1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
  2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat
  3. Tanda baca utama ialah :
    Tanda Noktah atau titik   ( . )
    Tanda koma                 ( , )
    Tanda tanya atau soal   ( ? )
    Tanda seruan                ( ! )
    Tanda sempang atau sengkang  ( - )
    Tanda noktah bertindih             ( : )
    Tanda pengikat kata atau petik  ( “        “ )
  4. berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
 

0 comments:

Post a Comment