Thursday 15 November 2012

PELAJARAN 1 : PENGALAMAN DI GUNUNG MAHCINCANG

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari topik yang bertajuk Pengalaman di Gunung Mahcincang. 

GUNUNG MAHCINCANG

Siapa yang telah pernah pergi ke Gunung Mahcincang di Pulau Langkawi? Mari kita lihat klip video di bawah untuk melihat lebih jelas tentang gunung tersebut

  
SEJARAH GUNUNG MAHCINCANG
Gunung Mahcincang terletak berhampiran dengan Pulau Langkawi. Kedudukannya adalah berhampiran dengan sempadan Thailand. Menurut cerita dari masyarakat tempatan gunung ini dinamakan sedemikian rupa kerana bentuk gunungnya yang seolah-olah dicincang-cincang. Gunung ini serupa dengan sebuah pulau yang terletak di mersing Johor. Ia ada kaitan dengan salah satu ilmu pertapaan orang-orang Melayu beragama Hindu pada masa dahulu. Ilmu ini akan menjadikan mereka akan bertukar daripada manusia kepada seekor naga. 
Pada masa dahulu ada 5 orang yang menuntut ilmu tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah Mat Cincang. Mat cincang adalah seorang yang suka mengganggu saudara-saudara seperguruan yang lain. Dia telah lebih awal keluar dari pertapaan untuk menunjukkan kekuatan dirinya. Pemergiannya dari kawasan pertapaan yang terletak di Indonesia dengan tujuan untuk berlawan dengan salah seorang saudaranya yang bertapa di Siam. Tiba di kawasan Langkawi dengan bala tenteranya yang terdiri daripada buaya-buaya putih diikuti dengan halilintar telah mengganggu keharmonian kehidupan disekitar Pulau Langkawi. 
Pada masa itu, Pulau Langkawi dijaga oleh 7 orang pahlawan dari tujuh benua dan telah menyekat kemaraan Sang Mat Cincang dengan Sang Siam dari berlawan. Dengan menggunakan kuasa hikmat yang dimiliki, Mat Cincang dan Sang Siam telah bertukar menjadi gunung seperti yang kita lihat sekarang. Jikalau diperhatikan kepala Gunung Mahcincang dengan kepala Sang Siam ia seakan-akan bertemu cuma perbezaan fizikalnya sahaja yang berbeza. Gunung Sang Siam atau juga dikenali sebagai Gunung Raya bentuknya adalah lebih kecil berbanding dengan Gunung Mahcincang.
 

0 comments:

Post a Comment