Thursday, 15 November 2012

PELAJARAN 2 : PENGALAMAN DI SANDAKAN

Murid-murid yang tinggal di Sabah sudah tentu tahu akan Daerah Sandakan. Dalam topik ini, cikgu akan membawa murid-murid mengenali Sandakan dan tempat-tempat yang menarik di kawasan tersebut.


SEJARAH DAERAH SANDAKAN
Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semaza zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak pembinaan padang terbang (airfield) tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH SANDAKAN
Terdapat banyak tempat yang menarik di daerah Sandakan antaranya seperti yang berikut :
 
  • Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.
  • English Tea House [1] - terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional. Alamat: 2002 Jalan Istana - tel: 6089 222544
  • Taman Peringatan Sandakan - dibina di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba.
  • Tanah Perkuburan Jepun - menempatkan tapak peringatan kepada korban perang Jepun di Borneo.
  • Gereja St Michael's and All Angels - gereja granit ini dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.
  • Tokong Buddha Puu Jih Shih - tokong merah dan emas yang siap pada tahun 1987 ini menghadap pusat bandar.
  • Tokong Sam Sing Kung Temple - binaan yang siap pada tahun 1887 ini merupakan binaan yang tertua di Sandakan.
  • Masjid Sandakan - binaan yang siap pada tahun 1988 ini terletak berhampiran dengan teluk dan Kampung Buli Sim Sim.
  • Kampung Buli Sim Sim - kampung perikanan berkaki bajang di tapak asal pekan Sandakan.
  • Pasar Sandakan - antara pasar yang terbesar dan tersibuk di Sabah.
  • Taman Buaya - terletak 12 km (7.5 batu) dari Sandakan, menempatkan lebih 2,000 ekor reptilia ini dalam kolam konkrit.
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - tempat pemerhatian kera Bekantan untuk para pelancong yang hendak mendekati spesis kera ini di habitat semulajadinya.
 

0 comments:

Post a Comment