Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari topik yang bertajuk Pengalaman di Gunung Mahcincang.
GUNUNG MAHCINCANG
Siapa yang telah pernah pergi ke Gunung Mahcincang di Pulau Langkawi? Mari kita lihat klip video di bawah untuk melihat lebih jelas tentang gunung tersebut.
SEJARAH GUNUNG MAHCINCANG
Gunung Mahcincang terletak berhampiran dengan Pulau Langkawi. Kedudukannya adalah berhampiran dengan sempadan
Thailand. Menurut cerita dari masyarakat tempatan gunung ini dinamakan
sedemikian rupa kerana bentuk gunungnya yang seolah-olah
dicincang-cincang. Gunung ini serupa
dengan sebuah pulau yang terletak di mersing Johor. Ia ada
kaitan dengan salah satu ilmu pertapaan orang-orang Melayu beragama Hindu pada masa dahulu. Ilmu ini akan menjadikan mereka akan bertukar
daripada manusia kepada seekor naga.
Pada masa dahulu ada 5 orang yang
menuntut ilmu tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah Mat Cincang. Mat cincang adalah seorang yang suka mengganggu
saudara-saudara seperguruan yang lain. Dia telah lebih awal keluar dari
pertapaan untuk menunjukkan kekuatan dirinya. Pemergiannya dari kawasan
pertapaan yang terletak di Indonesia dengan tujuan untuk berlawan dengan
salah seorang saudaranya yang bertapa di Siam. Tiba di kawasan Langkawi
dengan bala tenteranya yang terdiri daripada buaya-buaya putih diikuti dengan halilintar telah mengganggu keharmonian kehidupan
disekitar Pulau Langkawi.
Pada masa itu, Pulau Langkawi dijaga
oleh 7 orang pahlawan dari tujuh benua dan telah menyekat kemaraan Sang Mat Cincang dengan Sang Siam dari
berlawan. Dengan menggunakan kuasa hikmat yang dimiliki, Mat Cincang dan Sang Siam telah bertukar menjadi gunung seperti yang kita lihat sekarang. Jikalau diperhatikan kepala Gunung Mahcincang dengan
kepala Sang Siam ia seakan-akan bertemu cuma perbezaan fizikalnya
sahaja yang berbeza. Gunung Sang Siam atau juga dikenali sebagai Gunung Raya bentuknya adalah lebih kecil berbanding
dengan Gunung Mahcincang.