Thursday, 15 November 2012

UJI KEFAHAMAN TOPIK PERJALANAN DENGAN KERETA API

Murid-murid diminta untuk menjawab soalan-soalan yang cikgu utarakan di bawah. Jabapan yang betul akan mendapat markah daripada cikgu. Kamu boleh menjawab soalan-soalan ini dengan cara memberikan komen di bahagian komen pada paparan ini.

  1. Apakah nama pengangkutan kereta api yang terdapat di negara kita?
  2. Di negeri manakah kereta api tidak digunakan sebagai pengangkutan mereka?
  3. Mengapakah kereta api tidak digunakan di kawasan Pantai Timur Sabah?
  4. Ceritakan secara ringkas tentang kereta api.
  5. Apakah perasaan kamu selepas melihat video kereta api yang dipaparkan pada paparan sebelum ini?

SELAMAT MENJAWAB MURID-MURID!!!

GAMBAR-GAMBAR KERETA API DI MALAYSIA

Berikut cikgu sertakan gambar-gambar menarik kereta api yang terdapat di negara kita. Cikgu harap murid-murid dapat gambaran yang jelas tentang pengunaan kereta api di negara kita.

SILA KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR

PELAJARAN 3 : PERJALANAN DENGAN KERETA API







Cikgu pasti ramai murid-murid yang tidak pernah menaiki kereta api. Kereta api tidak terdapat di negeri Sarawak. Di negeri Sabah, penggunaan pengangkutan kereta api juga tidak begitu penting bagi penduduk di kawasan Pantai Timur. Mari kita melihat klip video yang cikgu sediakan suapay murid lebih memahami operasi dan cara kenderaan ini berfungsi.

RUANGAN KARTUN

Jika kita sentiasa belajar sahaja tanpa memberikan rehat kepada minda, kita tentu akan letih dan bosan. Oleh itu, cikgu sudah menyediakan ruangan kartun sebagai bacaan murid-murid semua. Cikgu harap kamu semua gembira membaca kartun ini.

SILA KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR 


UJI KEFAHAMAN TOPIK PENGALAMAN DI SANDAKAN

Baiklah murid-murid, setelah melihat akan keindahan dan panorama di Sandakan, sekarang sudah tiba masanya kita membuat ujian kefahaman. Mari jawab soalan-soalan di bawah berkaitan Sandakan.


  1. Di negeri manakah terletaknya Daerah Sandakan?
  2. Namakan lima tempat menarik yang terdapat di daerah Sandakan.
  3. Apakah nama pasar raya besar yang terdapat di Sandakan?
  4. Apakah nama gereja tertua di Malaysia yang terletak di Sandakan?
  5. Nyatakan nama tempat pemuliharaan Orang Utan yang terdapat di Sandakan.
Sila jawab di buku kefahaman kamu masing-masing.

GAMBAR-GAMBAR TEMPAT MENARIK DI SANDAKAN

Pada kali ini, kita akan melihat pula gambar-gambar yang menarik tentang daerah Sandakan. Cikgu harap murid-murid tidak merasa bosan melihat gambar-gambar yang cikgu sediakan.
 

VIDEO KLIP KEINDAHAN DAN PANORAMA DI SANDAKAN

Mari kita melihat tayangan video tentang daerah Sandakan. 


Cikgu harap murid-murid dapat menghayati keadaan di daerah ini dan akhirnya dapat menjawab soalan-soalan pemahaman yang akan cikgu berikan pada tampalan akan datang.

PELAJARAN 2 : PENGALAMAN DI SANDAKAN

Murid-murid yang tinggal di Sabah sudah tentu tahu akan Daerah Sandakan. Dalam topik ini, cikgu akan membawa murid-murid mengenali Sandakan dan tempat-tempat yang menarik di kawasan tersebut.


SEJARAH DAERAH SANDAKAN
Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semaza zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak pembinaan padang terbang (airfield) tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH SANDAKAN
Terdapat banyak tempat yang menarik di daerah Sandakan antaranya seperti yang berikut :
 
  • Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.
  • English Tea House [1] - terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional. Alamat: 2002 Jalan Istana - tel: 6089 222544
  • Taman Peringatan Sandakan - dibina di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba.
  • Tanah Perkuburan Jepun - menempatkan tapak peringatan kepada korban perang Jepun di Borneo.
  • Gereja St Michael's and All Angels - gereja granit ini dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.
  • Tokong Buddha Puu Jih Shih - tokong merah dan emas yang siap pada tahun 1987 ini menghadap pusat bandar.
  • Tokong Sam Sing Kung Temple - binaan yang siap pada tahun 1887 ini merupakan binaan yang tertua di Sandakan.
  • Masjid Sandakan - binaan yang siap pada tahun 1988 ini terletak berhampiran dengan teluk dan Kampung Buli Sim Sim.
  • Kampung Buli Sim Sim - kampung perikanan berkaki bajang di tapak asal pekan Sandakan.
  • Pasar Sandakan - antara pasar yang terbesar dan tersibuk di Sabah.
  • Taman Buaya - terletak 12 km (7.5 batu) dari Sandakan, menempatkan lebih 2,000 ekor reptilia ini dalam kolam konkrit.
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - tempat pemerhatian kera Bekantan untuk para pelancong yang hendak mendekati spesis kera ini di habitat semulajadinya.
 

MARI BEREHAT DAHULU, TENANGKAN MINDA..

Sebelum kita meneruskan topik pelajaran kita kepada topik kedua, mari kita berehat dahulu sambil menenangkan minda. Cikgu ada menyediakan satu klip video nyanyian iaitu "Bapaku Pulang Dari Kota".
Mari bersama-sama cikgu untuk bernyanyi agar kita menjadi lebih bertenaga untuk terus belajar...

MARI KITA SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU DALAM KLIP VIDEO DI BAWAH :











UJI KEFAHAMAN TOPIK GUNUNG MAHCINCANG

Sekarang tiba masanya kita membuat ujian kefahaman murid tentang topik Gunung Mahcincang.

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT.

  1. Dimanakah terletaknya Gunung Mahcincang?
  2. Siapakah Mat Cincang?
  3. Apakah yang terdapat di Gunung Mahcincang?
  4. Gunung Mahcincang serupa dengan sebuah gunung di negeri................
  5. Apakah perasaan kamu sekiranya kamu berpeluang melawat ke Gunung Mahcincang?
SEMOGA BERJAYA MURID-MURID!!!

GAMBAR SEKITAR GUNUNG MAHCINCANG

Sekarang mari kita lihat akan keindahan di sekitar Gunung
Mahcincang. Murid-murid boleh melihat gambar-gambar di bawah...

 

PELAJARAN 1 : PENGALAMAN DI GUNUNG MAHCINCANG

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari topik yang bertajuk Pengalaman di Gunung Mahcincang. 

GUNUNG MAHCINCANG

Siapa yang telah pernah pergi ke Gunung Mahcincang di Pulau Langkawi? Mari kita lihat klip video di bawah untuk melihat lebih jelas tentang gunung tersebut

  
SEJARAH GUNUNG MAHCINCANG
Gunung Mahcincang terletak berhampiran dengan Pulau Langkawi. Kedudukannya adalah berhampiran dengan sempadan Thailand. Menurut cerita dari masyarakat tempatan gunung ini dinamakan sedemikian rupa kerana bentuk gunungnya yang seolah-olah dicincang-cincang. Gunung ini serupa dengan sebuah pulau yang terletak di mersing Johor. Ia ada kaitan dengan salah satu ilmu pertapaan orang-orang Melayu beragama Hindu pada masa dahulu. Ilmu ini akan menjadikan mereka akan bertukar daripada manusia kepada seekor naga. 
Pada masa dahulu ada 5 orang yang menuntut ilmu tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah Mat Cincang. Mat cincang adalah seorang yang suka mengganggu saudara-saudara seperguruan yang lain. Dia telah lebih awal keluar dari pertapaan untuk menunjukkan kekuatan dirinya. Pemergiannya dari kawasan pertapaan yang terletak di Indonesia dengan tujuan untuk berlawan dengan salah seorang saudaranya yang bertapa di Siam. Tiba di kawasan Langkawi dengan bala tenteranya yang terdiri daripada buaya-buaya putih diikuti dengan halilintar telah mengganggu keharmonian kehidupan disekitar Pulau Langkawi. 
Pada masa itu, Pulau Langkawi dijaga oleh 7 orang pahlawan dari tujuh benua dan telah menyekat kemaraan Sang Mat Cincang dengan Sang Siam dari berlawan. Dengan menggunakan kuasa hikmat yang dimiliki, Mat Cincang dan Sang Siam telah bertukar menjadi gunung seperti yang kita lihat sekarang. Jikalau diperhatikan kepala Gunung Mahcincang dengan kepala Sang Siam ia seakan-akan bertemu cuma perbezaan fizikalnya sahaja yang berbeza. Gunung Sang Siam atau juga dikenali sebagai Gunung Raya bentuknya adalah lebih kecil berbanding dengan Gunung Mahcincang.
 

HURAIAN TEMA 7 : PENGALAMAN INDAH

Dalam Tema 7, terdapat beberapa tajuk perbincangan. Tajuk-tajuk inilah yang bakal kita pelajari secara menyeluruh. cikgu akan memberikan usaha yang terbaik demi memastikan murid-murid dapat menguasai tema ini. Kita akan membincangkan topik-topik seperti yang berikut:
  1. Topik 1 : Pengalaman di Gunug Mahcincang
  2. Topik 2 : Pengalaman di Sandakan
  3. Topik 3 : Perjalanan dengan Kereta Api
Selain topik di atas, kita juga akan belajar beberapa jenis tatabahasa yang terdapat di dalam tema ini iaitu seperti yang berikut :
  •  Kata Seru
  • Penanda wacana
  • Imbuhan
  • Tanda baca
Seterusnya,  kita juga akan melihat bagaimana caranya membuat karangan penulisan jenis catatan harian sebagai pelengkap kepada bahagian penulisan murid-murid. Cikgu berharap murid-murid dapat terus mengikuti pembelajaran kita sehingga ke tahap yang terakhir iaitu penulisan karangan. Semoga berjaya!!!

TEMA YANG TERDAPAT DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 (SK)

Terdapat 14 belas jenis tema dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 (SK). tema-tema tersebut adalah seperti yang dapat kita rungakikan seperti di bawah :

  1. Tema 1: Keluargaku Sayangku.
  2. Tema 2: Keluargaku Berwawasan.
  3. Tema 3: Sekolahku Berjasa.
  4. Tema 4: Minggu Kokurikulum.
  5. Tema 5: Sentiasa Berhemat Kita Selamat.
  6. Tema 6: Hargai Warisan Kita.
  7. Tema 7: Pengalaman Indah.
  8. Tema 8: Rakyat Cergas Negara Maju.
  9. Tema 9: Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi.
  10. Tema 10: Yang Baik Jadikan Teladan.
  11. Tema 11: Lestari Alam.
  12. Tema 12: Keajaiban alam.
  13. Tema 13: Era Sains dan Teknologi.
  14. Tema 14: Wawasan Kita.
Dalam ruang blog ini, cikgu akan menyentuh Tema 7 iaitu Pengalaman Indah.

MARI BERKENALAN...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Mula-mula sekali biarlah cikgu memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama cikgu ialah Cikgu Alnisah Binti Laujing. Cikgu merupakan seorang guru yang sedang mengajar di salah sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Daerah Beluran, Sabah. Cikgu merupakan penulis dan pemilik blog ini. Tujuan cikgu membuat blog ini adalah untuk bersama-sama pembaca terutamanya murid-murid tahun 4 di sekolah kebangsaan seluruh Malaysia memahami dan membantu mereka supaya dapat menguasai topik pelajaran mengikut sukatan pelajaran Tahun 4 yang telah disediakan oleh Unit Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam membicarakan hal ini, adalah lebih baik sekiranya cikgu memperkenalkan terlebih dahulu akan tema-tema yang terdapat dalam keseluruhan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Apapun diharapkan agar blog ini akan dapat membantu sedikit sebanyak murid-murid di dalam tahun 4.